Di tengah page adalah ruang untuk masukkan kandungan.
Di bahagian atas sekali ada ruang untuk taipkan tajuk halaman.
Klik pada ruang tersebut dan taipkan tajuk.
Di bawah tajuk, ada ruang untuk tambah block. Block digunakan untuk paparkan content dalam bentuk tertentu.
Jika anda taipkan sesuatu di ruang yang ada teks Type / to choose a block, ruang tersebut akan menjadi block
jenis paragraph.
Untuk tambah block jenis lain, klik pada ikon di hujung sebelah kanan ruang Type / to choose a block.
Klik pada Heading.
Satu block baru jenis Heading ditambah dalam page.
Anda boleh taip teks contohnya Introduction.
Ini contoh block yang ringkas. Ada banyak lagi block jenis lain, ada yang lebih kompleks.
Sekarang page ini ada 2 block. 1 block paragraph di atas, dan 1 block heading di bawah.
Klik pada ikon move up untuk gerakkan block heading ke atas.
Letakkan cursor tetikus anda di antara dua block, anda boleh tambah block baru di antara 2 block tersebut.
Letakkan cursor tetikus anda di antara dua block, anda boleh tambah block baru di antara 2 block tersebut.
Jika tiada block yang anda nak dalam pilihan ini, anda boleh klik browse all untuk lihat semua pilihan
block.
Senarai semua block.
Di bahagian atas sebelah kiri, ada butang undo dan redo. Anda boleh undo dan redo perubahan yang anda
lakukan dalam page ini dengan menggunakan butang tersebut.
Di bahagian atas sebelah kanan, ada butang Save draft dan butang Publish. Bila anda dah selesai masukkan
kandungan page, anda boleh klik Publish untuk siarkan page ini, atau klik Save draft untuk simpan page ini
tanpa siarkan.